Kata ganda ialah perkataan yang mengalami proses penggandaan.
Tiga jenis bentuk kata ganda, iaitu:
a) Penggandaan penuh
b) Penggandaan separa
c) Penggandaan berentak
- Penggandaan penuh- menggandakan keseluruhan perkataan. Contohnya: buku-buku, cantik-cantik
- Penggandaan separa- menggandakan sebahagian perkataan. Contohnnya: jejari, lelaki
- Penggandaan berentak- menggandakan perkataan mengikut rentak bunyi tertentu. Contohnya: sayur-mayur, gotong-royong
Sumber: Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 1, terbitan KPM & DBP.
***pesanan Cikgu Kasih: Rajin-rajinlah belajar. Anak-anakku insyaAllah boleh! :)***