Monday 10 October 2011

TATABAHASA TINGKATAN SATU

KATA GANDA


Kata ganda ialah perkataan yang mengalami proses penggandaan. 
Tiga jenis bentuk kata ganda, iaitu:
a) Penggandaan penuh
b) Penggandaan separa
c) Penggandaan berentak




  • Penggandaan penuh- menggandakan keseluruhan perkataan. Contohnya: buku-buku, cantik-cantik




  • Penggandaan separa- menggandakan sebahagian perkataan. Contohnnya: jejari, lelaki




  • Penggandaan berentak- menggandakan perkataan mengikut rentak bunyi tertentu. Contohnya: sayur-mayur, gotong-royong

Sumber: Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 1, terbitan KPM & DBP.


***pesanan Cikgu Kasih: Rajin-rajinlah belajar. Anak-anakku insyaAllah boleh! :)***

No comments:

Post a Comment